Baru sekejap tadi saya terbaca satu berita mengenai seorang remaja berumur 14 tahun dirogol rakan sebayanya. Kesian juga remaja tersebut kerana diperlakukan sebegitu rupa. Berikut adalah keratan yang saya ambil dari Utusan Online. Anda boleh baca di sini.
Di manakah kesilapan kita? Sekarang, isu jenayah seperti ini di sekolah-sekolah semakin berleluasa. Di sekolah boleh jadi benda-benda macam ni dan saya begitu hairan kenapa budak-budak sekarang begitu berani dan ada juga yang berbangga jika melakukan jenayah. Nauzubillah, jauhkanlah semua ini dari kita semua. Dunia di akhir zaman. Macam-macam perkara yang diluar jangkaan kita berlaku.
Sebelum ni kita sering dihebahkan mengenai kes membuang bayi. Adakah ia berkait rapat? Mungkin ada sebahagian dari mereka yang melakukan jenayah tersebut adalah mereka yang menjadi mangsa rogol sebelum ini. Tetapi, ada juga yang melakukan maksiat (pergaulan bebas), hamil dan membuang bayi.
Daripada jenayah tadi dapatlah kita simpulkan bahawa keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin meningkat. Di sini apa yang dapat dilihat, peranan ibu bapa begitu penting dalam mendidik anak-anak. Ada juga di kalangan ibu bapa yang tidak ambil cakna tentang pendidikan agama kan? Jadi, bermulalah kehidupan anak tersebut tanpa didikan agama dan seterusnya mereka mudah terjebak dalam kes-kes jenayah seperti ini.
Pergaulan bebas saya kira begitu teruk ketika ini bukan sahaja di tengah-tengah kota, malah di kawasan luar bandar pun sudah ada. Apa dah jadi? Mereka sudah tiada iman dan tidak malu langsung. Bila iman tiada, malu pun tiada kerana malu itu separuh dari iman. Selain pergaulan bebas, ada juga jenayah dilakukan kerana dicabar rakan. Bila kawan mencabar, terus rasa nak buat. Benda lain dah tak ingat. Dosa pahala entah di mana. Malah tidak takut juga akan undang-undang dunia.
Bila kita teliti betul-betul, kes jenayah rogol memberi kesan yang begitu mendalam kepada mangsa dari segi mental dan fizikal. Jika mangsa tidak membuat aduan, mungkin kes perbuangan bayi akan berlaku. Mangsa sudah tentu malu dengan apa yang berlaku ke atas dirinya. Jadi, biarlah kita beringat sebelum kena. Pastikan anak-anak kita dijauhi perkara sebegini.
Berikut adalah salah satu tindakan ibu bapa yang perlu dibuat bagi mendidik anak-anak yang mana saya rasakan perlu dilakukan dari sekarang sebelum terlambat.
- Berikan didikan agama secukupnya.
- Pastikan kita selalu memantau anak-anak terutamanya dari segi pergaulan mereka.
- Kita juga disarankan menggalakkan anak-anak untuk menyertai aktiviti-aktiviti ilmiah seperti ceramah-ceramah agama, ceramah kerohanian yang mana memberi panduan kepada mereka untuk lebih terdedah di dalam mencari kehidupan yang betul di dalam kehidupan.
- Membentuk harga diri anak dari segi memberi galakan kepada mereka dalam menyertai aktiviti ko-kurikulum di sekolah.
Selain peranan ibu bapa, apa yang saya harapkan, kerajaan perlulah memastikan statistik jenayah di kalangan remaja dapat dikurangkan. Mungkin isu keselamatan di dalam kawasan sekolah perlu ditekankan disini. Tiba-tiba pula terfikirkan pasal cctv. Pasang cctv di setiap kelas. Memanglah mahal kosnya tapi mungkin ada keberkesanannya. Mungkin banyak kes jenayah di sekolah boleh diatasi, who knows kan?
Bila lihat dunia macam ni, terfikir pula, bagaimanakah negara kita selepas ini jika anak-anak Malaysia semakin tiada moral. Apa-apa pun semuanya bermula sejak anak itu dilahirkan. Tuhan telah anugerahkan anak umpama sehelai kain putih. Kitalah yang bertanggungjawab mencorakkannya.
Pencegahan Jenayah Juvana
Perkataan jenayah dalam Islam mengandungi pengertian yang am dan khusus. Secara amnya ia bererti sesuatu yang tidak baik dilakukan dan ia melibatkan dosa besar. Dari segi perundangan apa sahaja yang dilarang dalam Islam, jika dilakukan ia adalah satu dosa dan dengan itu boleh ditakrifkan sebagai jenayah dan mempunyai kesan tertentu dari segi hukuman.
Masalah sosial di kalangan remaja dan pelajar-pelajar sekolah yang melanda masyarakat dan negara semakin meruncing. Tambahan pula kes-kes jenayah juvana kian meningkat di negara kita banyak melibatkan pelajar. Jabatan Siasatan Jenayah Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Bukit Aman melaporkan bahawa pada tahun 2008 sebanyak 5,115 kes juvana yang melibatkan seramai 7,126 orang kanak-kanak dan remaja.
Apa yang menyedihkan, purata umur kes-kes juvana ini antara umur 7 hingga 18 tahun adalah sangat muda berbanding dengan usia jenayah yang dilakukan. Sehingga ini kelompok umur 16 hingga 18 tahun antara yang tertinggi iaitu 5,146 orang di mana melibatkan kes curi motosikal, mencuri, pecah rumah, rogol, dan samun.
Berdasarkan peningkatan kes ini, pelbagai pihak antaranya para pemimpin, ahli-ahli akademik, tokoh pendidikan dan aktivis masyarakat telah menyuarakan pandangan masing-masing tentang faktor yang mendorong golongan pesalah juvana ini melakukan jenayah.
Antara faktor juvana terlibat jenayah ialah:
Ibu bapa perlu sedar bahawa mereka sedang menyediakan generasi baru. Ibu bapa perlu sedar bahawa anak dalam dukungan mereka kelak akan menjadi insan yang mempunyai tanggungjawab, dan tata kelakuan mereka akan mempunyai kesan terhadap insan lain.
Secara langsung, nilai dan gaya hidup ibu bapa akan mempengaruhi tarbiyah atau pendidikan anak-anak. Anak-anak akan melakukan apa yang mereka lihat dan akan mengingatinya untuk di contohi. Apa yang nyata, anak yang melihat ibu bapanya menipu tidak akan belajar menjadi orang yang jujur. Anak yang mempunyai ibu bapa yang ganas dan lasak, tidak akan membesar menjadi seorang yang mempunyai sifat kasih sayang.
Merujuk kepada kisah-kisah tauladan Rasulullah SAW, memang terdapat banyak riwayat mengenai cara Rasulullah SAW mentadbir dan menguruskan rumahtangganya. Antaranya:
Oleh itu, perlu diingatkan bahawa kerjasama orang ramai dan rakyat seluruhnya amat penting dalam membantu keberkesanan PDRM dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

- Ibu bapa kurang kemahiran dalam mendidik anak-anak,
- Persekitaran hidup yang di kelilingi unsur-unsur pergaulan bebas dan pendedahan unsur-unsur seks, dan
- Kurang didikan agama.
Ibu bapa perlu sedar bahawa mereka sedang menyediakan generasi baru. Ibu bapa perlu sedar bahawa anak dalam dukungan mereka kelak akan menjadi insan yang mempunyai tanggungjawab, dan tata kelakuan mereka akan mempunyai kesan terhadap insan lain.
Secara langsung, nilai dan gaya hidup ibu bapa akan mempengaruhi tarbiyah atau pendidikan anak-anak. Anak-anak akan melakukan apa yang mereka lihat dan akan mengingatinya untuk di contohi. Apa yang nyata, anak yang melihat ibu bapanya menipu tidak akan belajar menjadi orang yang jujur. Anak yang mempunyai ibu bapa yang ganas dan lasak, tidak akan membesar menjadi seorang yang mempunyai sifat kasih sayang.
Merujuk kepada kisah-kisah tauladan Rasulullah SAW, memang terdapat banyak riwayat mengenai cara Rasulullah SAW mentadbir dan menguruskan rumahtangganya. Antaranya:
- Mempromosikan dan menghayati hidup beragama dalam rumahtangga.
- Mewujudkan persekitaran dan suasana keluarga yang sihat.
- Mewujudkan sifat belas kasihan, ihsan, lemah lembut, dan kasih sayang.
- Memahami tahap-tahap keperluan anak-anak mengikut proses pembesarannya.
Oleh itu, perlu diingatkan bahawa kerjasama orang ramai dan rakyat seluruhnya amat penting dalam membantu keberkesanan PDRM dalam melaksanakan tanggungjawabnya.